LAPORAN PROGRAM LAWATAN
MENTOR\ MENTEE JKKK KKLW
TARIKH:12 November 2013
MASA:9.00a.m -5.00p.m
TEMPAT:Kampung Bujang
Pegawai KEDA seramai 5 orang yang merupakan sebuah badan yang memainkan
peranan penting dalam memberikan bimbingan dan panduan kepada Penduduk Kampung
Pengkalan Bujang seramai 40 orang terdiri 18 orang lelaki dan 22 orang wanita hadir.
Khosim b Saad yang merupakan JKKKP Kampung Pengkalan Bujang telah
mengadakan lawatan ke Kampung Bujang yang dianjurkan oleh KKLW bagi mendedahkan kepada penduduk
tentang kejayaan dan mendapat tunjuk
ajar Kampung Bujang dari segi ekonomi dan keceriaan kampung.
walaubagaimanapun,di Kampung
Pengkalan Bujang dari segi pelancongan terdapat Tapak Asas candi yang merupakan
sejarah asal negeri Kedah yang terkenal di seluruh dunia.Selain itu,dari segi
ekonomi pula,kampong ini juga mempunyai kolam udang,sawah padi,ternakan sarang
burung walit getah dan kelapa sawit yang diusahakan oleh penduduk sendiri.Tidak
kurang juga,Kampung ini mempunyai prasarana yang kondusif seperti
masjid,sekolah,klinik desa,surau dan dewan orang ramai.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
pada sesi pagi ialah sambutan alu-aluan yang diberikan oleh JKKP Kampung Bujang iaitu Tuan Haji Zikr b
Osman.Selepas itu,penduduk melawat tempat mebuat roti ban dan juga melawat tempat menternak madu kelulut.Akhir sekali,melawat SRC (INFO
DESA MID BUJANG).
Pada sesi petang pula ,penduduk kampung
Pengkalan Bujang telah diberi taklimat mengenai profil kampung Bujang dan sesi soal jawab oleh Tuan Haji Akmal
b.Ismail yang merangkap setiausaha kampong Bujang.
Program ini berjalan dengan lancar
dan memberi 1001 cara untuk mengubah taraf hidup dan memajukan Kampung
Pengkalan Bujang.Sekalung penghargaan Ahli Jawatankuasa Kampung Bujang dan
Pegawai KEDA yang bertanggungjawab memastikan segalanya belansung seperti yang
telah dirancang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan