Rabu, 13 November 2013

LAPORAN PROGRAM LAWATAN MENTOR\ MENTEE JKKK KKLW



LAPORAN PROGRAM LAWATAN MENTOR\ MENTEE JKKK KKLW
TARIKH:12 November 2013
MASA:9.00a.m -5.00p.m
TEMPAT:Kampung Bujang

Pegawai KEDA  seramai 5 orang  yang merupakan sebuah badan yang memainkan peranan penting dalam memberikan bimbingan dan panduan kepada Penduduk Kampung Pengkalan Bujang seramai 40 orang terdiri 18 orang lelaki dan 22 orang wanita hadir.
Khosim b Saad  yang merupakan  JKKKP Kampung Pengkalan Bujang telah mengadakan lawatan ke Kampung Bujang yang dianjurkan  oleh KKLW bagi mendedahkan kepada penduduk tentang kejayaan  dan mendapat tunjuk ajar Kampung Bujang dari segi ekonomi dan keceriaan kampung.
walaubagaimanapun,di Kampung Pengkalan Bujang dari segi pelancongan terdapat Tapak Asas candi yang merupakan sejarah asal negeri Kedah yang terkenal di seluruh dunia.Selain itu,dari segi ekonomi pula,kampong ini juga mempunyai kolam udang,sawah padi,ternakan sarang burung walit getah dan kelapa sawit yang diusahakan oleh penduduk sendiri.Tidak kurang juga,Kampung ini mempunyai prasarana yang kondusif seperti masjid,sekolah,klinik desa,surau dan dewan orang ramai.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada sesi pagi ialah sambutan alu-aluan yang diberikan oleh  JKKP Kampung Bujang iaitu Tuan Haji Zikr b Osman.Selepas itu,penduduk melawat tempat mebuat roti ban  dan juga melawat tempat menternak  madu kelulut.Akhir sekali,melawat SRC (INFO DESA MID BUJANG).

Pada sesi petang pula ,penduduk kampung  Pengkalan Bujang telah diberi taklimat  mengenai profil kampung  Bujang  dan sesi soal jawab oleh Tuan Haji Akmal b.Ismail yang merangkap setiausaha kampong Bujang.
Program ini berjalan dengan lancar dan memberi 1001 cara untuk mengubah taraf hidup dan memajukan Kampung Pengkalan Bujang.Sekalung penghargaan Ahli Jawatankuasa Kampung Bujang dan Pegawai KEDA yang bertanggungjawab memastikan segalanya belansung seperti yang telah dirancang.



















































Isnin, 11 November 2013

TUGASAN JKKKP



JKKK
Kalau kita pulang ke kampong atau tempat tinggal kita sendiri atau terbaca di akhbar-akhbar pasti kita pernah melihat perkataan “JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPONG” atau singkatan nya JKKK. Kita sering keliru akan fungsi dan tanggungjawab organisasi ini. Kita juga sering tersilap mengandaikan bidang kuasa JKKK ini. JKKK merupakan satu entiti yang berbeza dengan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetapi mempunyai satu tujuan yang sama iaitu memastikan kawasan setempat tidak terpinggir dari arus pembangunan dan keselamatan kawasan sekitar nya sentiasa terpelihara dari sebarang bentuk ancaman. Tetapi harus diingatkan JKKK tidak harus dipisahkan dengan ADUN kerana ADUN mempunyai kuasa dan kelebihan dalam mengendalikan urusan dengan kerajaan pemerintah. Lagipun kebanyakan JKKK pula adalah pengundi dan penyokong pihak ADUN manakala ADUN pula mempunyai pengaruh dan tempat di dalam Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi kedua-dua nya saling berkait rapat dalam menentukan sesebuah kampong itu menjadi sebuah kampong moden yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Penubuhan JKKK termaktub dalam arahan nombor 3, "Rancangan Pembangunan Negara dan Luar Bandar " yang dilancarkan pada tahun 1962 oleh Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein (Perdana Menteri Malaysia ke 2) . JKKK merupakan satu organisasi yang dilantik oleh kerajaan bagi memimpin dan mengatur masyarakat kampong kearah mencapai kemajuan dan kesempurnaan hidup selaras dengan pembangunan yang dicapai oleh Negara. Oleh itu, JKKK seharusnya bertindak sebagai satu agen penggerak dan pendorong kepada penyatuan dan perpaduan masyarakat kampong melalui program-program pembangunan dan juga hal-hal berkaitan kehidupan setempat. JKKK terletak dibawah Pejabat Daerah dan dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Masyarakat. JKKK tertakluk dibawah kuasa penghulu mukim setempat dan diterajui oleh seorang Pengerusi JKKK. Sebuah organisasi JKKK mempunyai beberapa Jawatan kuasa kecil yang dikenali sebagai biro untuk memastikan organisasi ini dapat ditadbir dengan lancar dan berkesan. Biro-biro tersebut adalah :

1) Jawatan Kuasa Kecil Kebajikan
2) Jawatan Kuasa Kecil Pendidikan
3) Jawatan Kuasa Kecil Pertanian
4) Jawatan Kuasa Kecil Perindustrian dan Pelancongan
5) Jawatan Kuasa Kecil Keagamaan
6) Jawatan Kuasa Kecil Infrastruktur dan Kemudahan Awam
7) Jawatan Kuasa Kecil Belia, Kebudayaan Dan Sukan
8) Jawatan Kuasa Kecil Keselamatan

Seorang JKKK mestilah mempunyai sifat-sifat terpuji yang akan memberi contoh teladan yang baik kepada penduduk setempat. Mereka yang dilantik hendaklah mengamalkan ciri-ciri berikut:

BERSIH : Mestilah Bersih dari segi fizikal dan moral yakni menjaga keterampilan diri atau imej, berfikiran positif, berniat baik, tidak sombong tidak mementingkan diri sendiri, tidak menyalahgunakan kuasa dan sebagai nya.

CEKAP: Mestilah seorang yang cekap dan produktif apabila menjalankan tugas. Mereka hendaklah mendahului dalam apajua halpun perkara yang berlaku dikawasan setempat. Ini bermakna mereka hendaklah mengambil tindakan yang segera sebelum aduan diterima dari penduduk kampong.

AMANAH: Sikap amanah adalah berkaitan dengan sikap keboleh percayaan dalam menjalankan tugas. Mereka hendaklah bertangungjawab dalam apa jua urusan yang berkaiatan JKKK seperti pengurusan kewangan, pengurusan hartabenda kerajaan dan juga awam, pengurusan projek dan tender kerajaan dan lain-lain lagi.

ADIL: Meletakkan sesuatu kepada hak nya atau disebut adil merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada dikalangan kepimpinan JKKK. Seorang JKKK mestilah adil dalam mengagihkan dan menyalurkan perkhidmatan mereka seperti keadilan dalam pengagihan tapak perniagaan, keadilan dalam melayan aduan masyarakat tanpa memilih fahaman atau masalah peribadi, kerja penurapan jalan yang saksama....dan lain-lain.

KEKUATAN: Seorang JKKK mestilah mempunyai kekuatan yakni kekuatan pengaruh dan sokongan dari majoriti penduduk setempat.Seseorang JKKK yang tidak mempunyai pengaruh dan sokongan akan menyebabkan segala tanggungjawab yang diberi tidak akan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

BERTANGGUNGJAWAB: Jika perlantikan sudah dibuat maka ia bermakna seseorang JKKK mestilah bertanggunjawab atas segala keputusan dan tindakan yang dibuat. JKKK juga mestilah sedia berkhidmat pada setiap masa dan dalam apa jua keadaan.

BERDIPLIN: Mestilah teratur dalam kehidupan harian nya dan pekerjaan nya. Ini bermakna JKKK mestilah mempunyai disiplin yang tinggi seperti menjaga ketetapan masa, menjaga penampilan diri, menjaga tingkahlaku, menjaga kehadiran dalam mesyuarat, mematuhi segala arahan pihak atasan dan lain-lain.

BERDIKARI: Amalan berdikari adalah amat penting bagi seorang JKKK, kerana ia merupakan salah satu kretaria utama kenapa seseorang itu layak untuk menjadi seorang JKKK. Seorang JKKK seharusnya mampu menjalankan tugas tanpa bergantung sepenuh nya dengan orang lain, mereka seharus nya mampu untuk mengusulkan keputusan dan tindakan dengan kebolehan dan keyakinan diri sendiri kecuali bagi kerja-kerja yang berat dan perlukan pertolongan orang lain maka barulah semangat gotong royong perlu diadakan. Mereka juga mestilah seorang yang boleh berdikari tanpa bantuan dari pihak kerajaan sepenuh nya seperti menguasahakan program perniagaan kampong yang mampu menjana wang bagi disalurkan kepada projek pembangunan sesebuah kampong.

Jelas ciri-ciri tersebut amat perlu kepada bakal JKKK, walaupun secara realiti nya tidak semua perkara tersebut ada di dalam diri kepimpinan JKKK, mereka seharusnya berusaha untuk memiliki ciri-ciri tersebut kerana mereka telahpun dilantik sebagai seorang pemimpin. Oleh itu seorang JKKK seharusnya sentiasa menilai diri sendiri dan berusaha membaiki segala kepincangan yang wujud. Ingatlah sikap kita akan mengambarkan respon atau tindakbalas yang akan diambil di dalam sesuatu perkara. JKKK juga perlu mendidik masyarakat setempat untuk mengamalkan ciri-ciri tersebut demi untuk memastikan segala program dan projek dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan. Sekira nya seorang JKKK itu merasa tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut serta tidak sanggup untuk mengamalkan ciri-ciri yang digariskan diatas, maka silalah berundur dengan secara hormat dan terpuji.

Kita sering bertanya, apa pula tugas-tugas JKKK? Apa yang mereka buat setiap hari? tugas JKKK memang selalu menjadi perdebatan dikalangan warga kampong, ramai dari mereka agak keliru akan tugas dan tanggungjawab JKKK hingga kadang-kadang menganggap mereka makan gaji buta. Oleh itu pastikan JKKK kampong anda melakukan tugas-tugas utama berikut:

1) Merancang projek-projek pembangunan masyarakat yang boleh meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi penduduk setempat.
2) Merancang projek-projek pembangunan yang manakah harus diberi keutamaan, terutama projek yang boleh dilaksanakan berasingan.
3) Melaksanakan projek-projek yang diluluskan dengan bantuan samada secara gotong royong, kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta atau NGO. ( Tidak termasuk projek oleh agensi pelaksana seperti JKR, TNB, PBT dan lain-lain)
4) Menjadi pengantara antara penduduk kampong dengan pihak kerajaan, swasta, NGO dan lain-lain.
5) Bertanggunjawab bersama pihak kerajaan, swasta dan NGO untuk menilai projek-projek pembangunan yang dijalankan termasuk dari segi aspek prestasi, kesan-kesan dan kewajaran projek tersebut. Seterusnya mereka akan membuat susulan, aduan dan tindakan yang perlu.
6) Membuat peraturan-peraturan yang sesuai untuk perlantikan JKKK dan ahli jawatankuasa kecil nya.
7) Menyediakan profil kampong, mengemaskini bilik gerakan, mengemas kini bahan-bahan berekod, seperti minit-minit mesyuarat, surat-surat perjanjian, buku akaun-akaun yang berkaitan, surat-surat permohonan, resit-resit sumbangan dan lain-lain.
8) Melaksanakan segala aktiviti yang difikirkan sesuai untuk pembangunan dan keceriaan setempat.
9) Mengadakan siri mesyuarat untuk menilai prestasi kampong dan tindakan susulan yang perlu dibuat. (sekurang-kurang nya sekali dalam sebulan)
10) Mengundang mereka yang difikirkan, seorang yang ahli dan pakar dalam sesuatu bidang untuk memberi nasihat dan panduan dalam mana-mana mesyuarat Jawatan kuasa.
11) Sentiasa mengambil berat tentang apa jua perkara yang difikirkan boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan kampong seperti pecah rumah, penagihan dadah, pendatang tanpa izin, penyeludupan, wabak penyakit dan lain-lain.

p/s: Tugas JKKK adalah membangunkan kampong dan menjaga keselamatan sekitar, tugas kita pula bagi memastikan mereka menjalankan tugas, demi rakyat keseluruhan nya

SEBARANG PERTANYAAN TENTANG KAMPUNG PENGKALAN BUJANG
HUBUNGI: 0194575105 (NORHAYATI) SETIAUSAHA JKKKP KAMPUNG PENGKALAN BUJANG.

Musim padi kampung pengkalan bujang

KAMPUNG PENGKALAN BUJANG KAYA DENGAN HASIL PERTANIAN PADI

KEINDAHAN ALAM KAMPUNG PENGKALAN BUJANG

SEBAHAGIAN PENDUDUK KAMPUNG GEMAR MENGHABISKAN WAKTU PETANG DENGAN AKTIVITI MEMANCING IKAN

PENDUDUK KAMPUNG PENGKALAN BUJANG JUGA ADA YANG MENGEMBALA LEMBU

KEHIJAUAN YANG MENENANGKAN FIKIRAN






PANORAMA KAMPUNG PENGKALAN BUJANG YANG INDAH DENGAN KEHIJAUAN POKOK PADI MUDA

PROJEK PENANAMAN POKOK MANGGA



PEMANDANGAN YANG INDAH INI SERING MENJADI TUMPUAN PARA PENGANTIN BARU UNTUK MENGABADIKAN POTRET HARI BAHAGIA MEREKA.


BERLATAR BELAKANGKAN GUNUNG


PETUNJUK KEPADA PARA PELAWAT KAMPUNG, SEKOLAH PENDIDIKAN ISLAM KAPA AT-TAHIR BERADA DI TEPI SEBELAH KIRI JALAN MENGHALA KE KAMPUNG PENGKALAN BUJANG

HANYA DI TEPI JALAN ANDA DIHIDANGKAN DENGAN KEINDAHAN ALAM YANG MENENANGKAN JIWA 




ARTIFAK SEJARAH KAMPUNG PENGKALAN BUJANG YANG DITEMUI DI SEKITAR KAMPUNG PENGKALAN BUJANG

SK HAJI OMAR TAHIR

PEMANDANGAN SAWAH PAGI DISEKITAR SK HAJI OMAR TAHIR



TERKEJUT LEMBU NI BILA AMBIL GAMBAR DIA


PAPAN TANDA KAMPUNG PENGKALAN BUJANG



KREATIVITI PENDUDUK KAMPUNG, MENGGANTUNG BAJU UNTUK MENGHALAU PEROSAK TANAMAN PADI MEREKA

PERNIAGAAN KECIL-KECILAN YANG DIJALANKAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG...INI JUAL ICE BLENDED

KEDAI JUAL HASIL LAUT..


ICE BLENDED

BANTUAN DAN TUNJUK AJAR DARI PROGRAM 1 AZAM

PERNIAGAAN BANTAL KEKABU ASLI

RUMAH KU SYURGA KU

PERNIAGAAN KUIH MUIH




MASJID AL-HUSNA KAMPUNG PENGKALAN  BUJANG

MASJID AL-HUSNA KAMPUNG PENGKALAN BUJANG

SK HAJI OMAR TAHIR, KAMPUNG PENGKALAN BUJANG

















DUTA KECIL KAMPUNG PENGKALAN BUJANG


MODEL KECIL  SK HAJI OMAR TAHIR








JALAN KE KAMPUNG PENGKALAN BUJANG